Kebaikan Penggunaan Sistem di Sekolah

Mengikut kajian kes yang telah saya lakukan di sekolah, saya telah mendapati beberapa kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan sistem di sekolah. Guru data khasnya iaitu En.Azmin telah memberikan beberapa komen yang positif berkenaan isu tersebut. Menurut beliau, semenjak sistem seperti "Sistem Aplikasi Pensijilan Pelajar" diperkenalkan, semua pengurusan sijil pelajar lebih sistematik dan teratur. Dimana guru yang terlibat dapat mengurangkan kesilapan semasa mengeluarkan sijil kerana setiap sijil hanya di edit di dalam sistem sahaja dan tidak melibatkan pembaziran kertas. Selain itu, ia juga memudahkan capaian maklumat pelajar yang dicari menggunakan pendekatan "searching". Masa dapat dijimatkan dan tenaga guru dapat dikurangkan.
Selain temubual saya bersama guru data tersebut, saya juga berkesempatan menemubual guru kelas iaitu Pn. Suhaili. Beliau juga turut memberikan respon yang positif berkenaan isu tersebut. Beliau secara ringkas membuat kesimpulan kepada isu tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan sistem di sekolah telah memudahkan guru dan mengubah gaya kerja guru secara keseluruhannya. Disini dapat saya simpulkan bahawa, terdapat banyak kebaikan yang dibawa ke sekolah sejak penggunaan sistem di aplikasikan secara keseluruhannya.

0 Response to "Kebaikan Penggunaan Sistem di Sekolah"

Post a Comment