Kekangan dalam SMM dari perspektif Guru Kelas


Assalamualaikum...

Hampir 2 minggu saya tidak mengupdate blog ini. Seiring dengan kajian kes yang disarankan oleh Tn. Haji untuk dimulakan, saya telah menemubual beberapa orang guru lagi di Sekolah SMK Methodist Sungai Siput (u) berkenaan dengan kekangan yang dihadapi semasa menggunakan SMM. Cikgu Hasanah merupakan guru kelas yang telah bertugas hampir 5 tahun disekolah tersebut, turut berkesempatan berkongsi pengalaman beliau tentang penggunaan SMM selama beliau bertugas sebagai guru kelas. Menurut beliau,, sebagai guru kelas secara umumnya beliau diminta mengisi maklumat pelajar secara manual di kad 001. Kemudian maklumat yang sama turut digunakan untuk SMM. Oleh itu, guru kelas terpaksa melakukan tindanan kerja yang sama seperti kita tahu ia merugikan masa dan tenaga guru tersebut. Selain itu, guru kelas juga terpaksa mengemaskini SMM hampir 3 ke 4 kali setahun. Kesian guru-guru kelas tersebut.

Kebaikan Penggunaan Sistem di Sekolah

Mengikut kajian kes yang telah saya lakukan di sekolah, saya telah mendapati beberapa kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan sistem di sekolah. Guru data khasnya iaitu En.Azmin telah memberikan beberapa komen yang positif berkenaan isu tersebut. Menurut beliau, semenjak sistem seperti "Sistem Aplikasi Pensijilan Pelajar" diperkenalkan, semua pengurusan sijil pelajar lebih sistematik dan teratur. Dimana guru yang terlibat dapat mengurangkan kesilapan semasa mengeluarkan sijil kerana setiap sijil hanya di edit di dalam sistem sahaja dan tidak melibatkan pembaziran kertas. Selain itu, ia juga memudahkan capaian maklumat pelajar yang dicari menggunakan pendekatan "searching". Masa dapat dijimatkan dan tenaga guru dapat dikurangkan.
Selain temubual saya bersama guru data tersebut, saya juga berkesempatan menemubual guru kelas iaitu Pn. Suhaili. Beliau juga turut memberikan respon yang positif berkenaan isu tersebut. Beliau secara ringkas membuat kesimpulan kepada isu tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan sistem di sekolah telah memudahkan guru dan mengubah gaya kerja guru secara keseluruhannya. Disini dapat saya simpulkan bahawa, terdapat banyak kebaikan yang dibawa ke sekolah sejak penggunaan sistem di aplikasikan secara keseluruhannya.

PENGENALAN SISTEM DI SEKOLAH



Mengikut temubual di antara guru data dan guru kelas di SMK Methodist, saya telah mendapat beberapa input mengenai pengenalan sistem awal di sekolah tersebut. Sistem yang terawal sekali diperkenalkan di sekolah tersebut ialah SISTEM JADUAL WAKTU. Mengikut maklumat daripada guru data , sistem tersebut diambil daripada sistem luar yang dibaiki sehingga bersesuaian dengan sekolah. Sistem seterusnya yang telah di perkenalkan di sekolah tersebut ialah SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN yang dibangunkan sendiri oleh guru data. Kedua-dua sistem ini dapat digunakan dengan lancar tanpa sebarang masalah sehingga wujudnya sistem yang dibekalkan oleh Kementerian. Sistem pertama yang dibekalkan oleh Kementerian ialah SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN, dimana ia menguruskan maklumat guru dan kakitangan sekolah. Ia diikuti dengan SISTEM MAKLUMAT MURID yang sehingga kini digunkan untuk menyimpan maklumat murid. Secara amnya, pengenalan sistem-sistem ini telah banyak memberi nafas baru kepada tugas guru kerana ia banyak memberi perubahan kepada gaya kerja guru secara keseluruhannya.

APA ITU DATA?

Secara umumnya, data merupakan kumpulan huruf atau angka yang diolah sehingga ia mempunyai erti dan dipanggil sebagai maklumat. Ia secara umumnya, mewakili seseorang pelajar di sekolah atau dikenali sebagai ciri bagi sesuatu atribut. Data yang terdapat di sekolah terlalu banyak sehingga pihak Kementerian telah menghasilkan beberapa sistem yang bersesuaian untuk kegunaan sekolah bagi menguruskan pelbagai jenis data pelajar. Adakah data ini berguna?

Tentu sahaja ia penting bagi mengenalpasti maklumat pelajar secara keseluruhannya. Sekiranya ia diuruskan secara sistematik, tiada masalah pertindihan data yang akan berlaku di sekolah dan sepatutnya ia mampu mengurangkan tenaga dalam pengulangan pengisian data yang sama.

PENGENALAN ISU....




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan sekuliah semua... Setelah hampir 3 isu yang telah di post di dalam blog ini, Tn. Hj telah menegur tentang pemilihan tajuk yang agak umum. Dalam isu-isu ict, terdapat pelbagai isu yang boleh dibangkitkan. Oleh itu, saya telah memilih isu "Pengurusan Data Di Sekolah" untuk dibincangkan dalam blog ini. Terdapat pelbagai jenis data yang disimpan oleh pihak sekolah dalam memastikan kelicinan pentadbiran sekolah. Seiring dengan perkembangan teknologi kini, kebanyakan sekolah telah mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam pengurusan data di sekolah. Ia tidak terkecuali di sekolah saya iaitu SMK Methodist Sg. Siput (U). Kekangan masa yang diterima oleh pihak guru, atas bebanan tugas yang banyak... guru telah dihidangkan dengan kemudahan teknologi yang membentangkan sistem-sistem yang digambarkan mampu memudahkan guru dalam pengurusan data pelajar.

Tetapi timbul persoalan, sama ada teknologi yang maju ini mampu meringankan bebanan kerja guru atau sebaliknya?? Bersama-sama kita huraikan persoalan tersebut di dalam blog ini..........

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Manafaat ICT Dalam Pembelajaran dimana ia berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). ICT membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dan membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
Selain itu, ia mampu meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid, memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan meningkatkan kemahiran ICT pelajar. Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P&P, perkara- ­perkara seperti berikut perlu diberi perhatian :

~ Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

~Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

~ Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

~Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran