Selamat Berjumpa Lagi

Disebabkan saya gagal menghadirkan diri di kelas terakhir, saya ingin memohon maaf kepada semua kawan-kawan di kelas isu-isu ict dalam pendidikan sekiranya saya ada terkasar dan terlanjur bahasa sepanjang kelas dijalankan. Sempena syawal yang berbaki 10 hari ini, saya susun jari sepuluh mohon maaf zahir dan batin terutama sekali kepada Tn.Hj yang banyak memberi ilmu dan begitu prihatin kepada pelajarnya. Sekian, Berjumpa lagi.......

Teknologi Dan Pendidikan

Insyaallah.... Sekiranya berpeluang, saya akan mengadaptasikan teknologi yang dipelajari di kelas isu-isu ict dalam pendidikan di dalam P&P. Ia amat menarik dan sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini. Cuma tidak dinafikan masih ada kekangan yang perlu dihadapi sebelum ia benar2 dapat digunapakai secara keseluruhannya. Diantara masalah yang kelas ini sendiri hadapi ialah seperti masalah internet low, yang mengambil banyak masa bagi seseorang untuk upload file, share web cam, join presentation dan sebagainya. Ia perlu dikaji terlebih dahulu kesediaan peralatan dan internet sebelum benar2 dijalankan.

KOMEN DAN PENDAPAT

Satu sem telah berlalu, saya rasa bersyukur kerana berpeluang menimba pengalaman yang berharga sepanjang mengikuti kelas isu-isu ict dalam pendidikan. Hasil dari pembelajaran amat berbeza dari perspektif awal saya berkenaan subjek ini. Terima kasih banyak2 kepada lecturer kita iaitu Tn.Hj kerana berjaya membawa kelas virtual ke dalam p&p kita. Terasa teruja dan sedikit batak pada awalnya apabila mula-mula menggunakan google doc dan dimdim. Tetapi apabila mula biasa menghadiri kelas viritual semuanya terasa mudah dan amat berguna terutama sekali bagi mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan duit untuk menghadirkan diri ke kelas biasa. Terima Kasih Tn.Hj atas pengalaman ini....

Rumusan Kajian

Sistem Maklumat Murid (SMM) secara keseluruhannya banyak memberi kesan yang baik pada gaya kerja guru antaranya mudah mengemaskini maklumat pelajar,maklumat yang diingini mudah dicapai dan sudah pasti menjimatkan masa dan tenaga guru dalam pengurusan maklumat pelajar.Walaupun secara keseluruhannya banyak memberi kesan yang baik Sistem ini juga terdapat kelemahannya seperti memerlukan kemahiran penggunaan query untuk mencapai maklumat yang tertentu dan terperinci.Selain itu terdapat juga kelemahan dari segi pengkalan data,di mana disambungkan ke internet dan memerlukan pepindahan data untuk pengunaan sistem-sistem lain.Ia boleh menyebabkan pertindihan data dan pengulangan kerja.Kesimpulannya sistem ini sentiasa perlu di kemaskini mengikut kemajuan teknologi dan perkembangan semasa.

Kembali selepas syawal

Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Saya dikurniakan baby girl yang bernama Nur Aimy. Mohon maaf kepada Tn.Hj kerana saya gagal menghadirkan diri bagi sesi kelas yang terakhir. Saya berada di hospital kerana ditahan hampir seminggu atas masalah tumpah darah yang banyak. Tetapi baby dalam keadaan yang sihat. Laporan berkenaan SMM telah dihantar kepada Tn.Hj bersama dengan slide presentation. Secara keseluruhannya, ia telah memberi pendedahan yang baik kepada saya secara amnya untuk memahami sistem tersebut dan sekaligus berkongsi bersama pembaca blog ini. Diharap presentation saya yang lepas dapat sedikit sebanyak memberi idea kepada rakan sekelas berkenaan sistem tersebut. Insyaallah....

DimDim virtual kelas terbaik

Assalammualaikum dan selamat berpuasa..
Hari ini genap 2 hari kita menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah kelas Isu-isu dalam ICT akan berjalan seperti biasa di alam virtual. Setakat ini saya berasa berpua hati dengan kelas yang kita jalankan. Aplikasi Dimdim telah memberi pengalaman baru dalam menjalani kelas tanpa perlu hadir sendiri sendiri secara face to face. Tn.hj dapat memberikan lecture seperti biasa.

Kekangan dalam SMM dari perspektif Guru Kelas


Assalamualaikum...

Hampir 2 minggu saya tidak mengupdate blog ini. Seiring dengan kajian kes yang disarankan oleh Tn. Haji untuk dimulakan, saya telah menemubual beberapa orang guru lagi di Sekolah SMK Methodist Sungai Siput (u) berkenaan dengan kekangan yang dihadapi semasa menggunakan SMM. Cikgu Hasanah merupakan guru kelas yang telah bertugas hampir 5 tahun disekolah tersebut, turut berkesempatan berkongsi pengalaman beliau tentang penggunaan SMM selama beliau bertugas sebagai guru kelas. Menurut beliau,, sebagai guru kelas secara umumnya beliau diminta mengisi maklumat pelajar secara manual di kad 001. Kemudian maklumat yang sama turut digunakan untuk SMM. Oleh itu, guru kelas terpaksa melakukan tindanan kerja yang sama seperti kita tahu ia merugikan masa dan tenaga guru tersebut. Selain itu, guru kelas juga terpaksa mengemaskini SMM hampir 3 ke 4 kali setahun. Kesian guru-guru kelas tersebut.

Kebaikan Penggunaan Sistem di Sekolah

Mengikut kajian kes yang telah saya lakukan di sekolah, saya telah mendapati beberapa kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan sistem di sekolah. Guru data khasnya iaitu En.Azmin telah memberikan beberapa komen yang positif berkenaan isu tersebut. Menurut beliau, semenjak sistem seperti "Sistem Aplikasi Pensijilan Pelajar" diperkenalkan, semua pengurusan sijil pelajar lebih sistematik dan teratur. Dimana guru yang terlibat dapat mengurangkan kesilapan semasa mengeluarkan sijil kerana setiap sijil hanya di edit di dalam sistem sahaja dan tidak melibatkan pembaziran kertas. Selain itu, ia juga memudahkan capaian maklumat pelajar yang dicari menggunakan pendekatan "searching". Masa dapat dijimatkan dan tenaga guru dapat dikurangkan.
Selain temubual saya bersama guru data tersebut, saya juga berkesempatan menemubual guru kelas iaitu Pn. Suhaili. Beliau juga turut memberikan respon yang positif berkenaan isu tersebut. Beliau secara ringkas membuat kesimpulan kepada isu tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan sistem di sekolah telah memudahkan guru dan mengubah gaya kerja guru secara keseluruhannya. Disini dapat saya simpulkan bahawa, terdapat banyak kebaikan yang dibawa ke sekolah sejak penggunaan sistem di aplikasikan secara keseluruhannya.

PENGENALAN SISTEM DI SEKOLAH



Mengikut temubual di antara guru data dan guru kelas di SMK Methodist, saya telah mendapat beberapa input mengenai pengenalan sistem awal di sekolah tersebut. Sistem yang terawal sekali diperkenalkan di sekolah tersebut ialah SISTEM JADUAL WAKTU. Mengikut maklumat daripada guru data , sistem tersebut diambil daripada sistem luar yang dibaiki sehingga bersesuaian dengan sekolah. Sistem seterusnya yang telah di perkenalkan di sekolah tersebut ialah SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN yang dibangunkan sendiri oleh guru data. Kedua-dua sistem ini dapat digunakan dengan lancar tanpa sebarang masalah sehingga wujudnya sistem yang dibekalkan oleh Kementerian. Sistem pertama yang dibekalkan oleh Kementerian ialah SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN, dimana ia menguruskan maklumat guru dan kakitangan sekolah. Ia diikuti dengan SISTEM MAKLUMAT MURID yang sehingga kini digunkan untuk menyimpan maklumat murid. Secara amnya, pengenalan sistem-sistem ini telah banyak memberi nafas baru kepada tugas guru kerana ia banyak memberi perubahan kepada gaya kerja guru secara keseluruhannya.

APA ITU DATA?

Secara umumnya, data merupakan kumpulan huruf atau angka yang diolah sehingga ia mempunyai erti dan dipanggil sebagai maklumat. Ia secara umumnya, mewakili seseorang pelajar di sekolah atau dikenali sebagai ciri bagi sesuatu atribut. Data yang terdapat di sekolah terlalu banyak sehingga pihak Kementerian telah menghasilkan beberapa sistem yang bersesuaian untuk kegunaan sekolah bagi menguruskan pelbagai jenis data pelajar. Adakah data ini berguna?

Tentu sahaja ia penting bagi mengenalpasti maklumat pelajar secara keseluruhannya. Sekiranya ia diuruskan secara sistematik, tiada masalah pertindihan data yang akan berlaku di sekolah dan sepatutnya ia mampu mengurangkan tenaga dalam pengulangan pengisian data yang sama.

PENGENALAN ISU....




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan sekuliah semua... Setelah hampir 3 isu yang telah di post di dalam blog ini, Tn. Hj telah menegur tentang pemilihan tajuk yang agak umum. Dalam isu-isu ict, terdapat pelbagai isu yang boleh dibangkitkan. Oleh itu, saya telah memilih isu "Pengurusan Data Di Sekolah" untuk dibincangkan dalam blog ini. Terdapat pelbagai jenis data yang disimpan oleh pihak sekolah dalam memastikan kelicinan pentadbiran sekolah. Seiring dengan perkembangan teknologi kini, kebanyakan sekolah telah mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam pengurusan data di sekolah. Ia tidak terkecuali di sekolah saya iaitu SMK Methodist Sg. Siput (U). Kekangan masa yang diterima oleh pihak guru, atas bebanan tugas yang banyak... guru telah dihidangkan dengan kemudahan teknologi yang membentangkan sistem-sistem yang digambarkan mampu memudahkan guru dalam pengurusan data pelajar.

Tetapi timbul persoalan, sama ada teknologi yang maju ini mampu meringankan bebanan kerja guru atau sebaliknya?? Bersama-sama kita huraikan persoalan tersebut di dalam blog ini..........

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Manafaat ICT Dalam Pembelajaran dimana ia berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). ICT membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dan membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
Selain itu, ia mampu meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid, memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan meningkatkan kemahiran ICT pelajar. Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P&P, perkara- ­perkara seperti berikut perlu diberi perhatian :

~ Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

~Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

~ Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

~Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat.

ICT ( TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOM UNIKASI)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang digunakan untuk pemprosesan data. Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, Satelit dan sistem telefon. ICT merangkup segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah ia menggunakan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.